Saturday, 20 October 2012

Apa itu sistem ABS?

Rasanya ramai yang biasa dengar atau terbaca tentang sistem ABS. Betul...ia adalah salah satu ciri keselamatan pada kebanyakan kenderaan moden masakini untuk mengelak dari berlakunya KEMALANGAN.

Definasi: Ada orang kata ABS tu maknanya, "Asal Brek Sudah!" Hahaha... LawakinG lah..
ABS ni akronim bahasa inggeris untuk Anti-lock Brake System atau Anti-lock Braking System. Dalam bahasa Malaysia disebut Sistem Brek Anti-kekunci.


Apa kelebihannya?

Ia adalah satu sistem brek yang lebih baik dari segi keselamatan (mengelak kemalangan) berbanding sistem brek tradisional sediada.

Dengan ABS, sistem ini membantu untuk membolehkan pemandu membrek walaupun dalam situasi kecemasan tanpa membuatkan kereta 'skidding' atau berpusing. Pada masa sama, dengan ABS pemandu masih berupaya untuk mengawal pemanduan stering dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengelak objek atau halangan di hadapan.

Sistem ini juga terbukti berfungsi dengan baik dalam sebarang keadaan cuaca- panas dan permukaan jalan kering, hujan, salji mahupun permukaan berais.

Sistem ABS berfungsi dengan berkesan mengikut 3 peraturan utama iaitu;
  1. Brek- pijak pedal brek dengan keras dan jitu!
  2. Kekal membrek- tekan atau pijak pedal berterusan. Jangan sesekali 'pam' atau pijak-angkat-pijak-angkat!
  3. Kawal stering- arahkan pemanduan ke laluan yang selamat!
Macamana sistem ni berfungsi?

Sesuai dengan namanya, sistem ini mengelak brek dari terkunci (anti-lock = anti-kekunci) semasa membrek. Perlu diingat, sekiranya brek terkunci kenderaan berisiko tinggi untuk tergelincir dan menyukarkan pemandu untuk mengawal stering dan seterusnya kemungkinan untuk berlaku kecelakaan dan kecederaan (malahan maut) lebih tinggi!

Sistem ini berfungsi dengan cara mencengkam dan lepas brek dengan kadar sangat cepat (lihat video). Jika kaki anda rasa gegaran pada pedal brek dan terdengar bunyi letupan kecil seperti 'pop' sewaktu membrek, jangan bimbang atau panik. Ia adalah NORMAL dan menunjukkan yang sistem ini sedang berfungsi dengan baik.


Terdapat dua jenis ABS iaitu ABS 2 roda dan 4 roda. Sistem ABS 4 roda adalah lebih baik dalam aspek menjaga jangka-hayat tayar. Sistem ABS 2 roda boleh meninggalkan kesan brek yang nyata dan pada jangka panjang boleh merosakkan tayar dan seterusnya memendekkan jangka-hayatnya. Namun begitu, ianya masih lebih baik berbanding sistem brek tradisional-tanpa ABS.

Bagi kenderaan yang dilengkapi sistem ABS, biasanya lampu logo seperti di bawah akan menyala seketika di panel pemuka sebaik anda ingin menghidupkan enjin.


















Sungguhpun sistem ABS ini membantu mengelakkan kemalangan, ini tak bermakna kita boleh sentiasa memandu secara agresif. Pastikan jarak kenderaan dengan kenderaan di hadapan adalah sesuai dan sentiasalah pakai talipinggang keselamatan sewaktu memandu. 

"Pandu cermat, jiwa selamat".

Model Proton kebanyakannya kini telah dilengkapi dengan sistem ABS termasuklah Inspira, Preve, Exora malahan model SAGA FLX! Call 019-6664949 hari ini.



**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Friday, 5 October 2012

Pendingin hawa beracun??


Baru-baru ini, terdapat 1 tips yang  tentang pendingin hawa kereta. Tips ini telah di kongsikan oleh pelayar Facebook. Antara saranan yang perlu anda elakkan ketika membawa kereta adalah tidak menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta. Anda di sarankan untuk  membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan biarkan aliran udara semulajadi masuk ke dalam kereta.

Terdapat 1 kajian yang telah dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan. Maka penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


p/s Maaf, setakat ni, saya tak pasti kesahihan berita ini.. :(
**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Tayar Pancit??


Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur dikhianati juga tidak mustahil.

Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit.

Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu?

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.

Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.


Dipetik dari penpatah.
**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Tips penjagaan gearbox


Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila mileage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.

Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa.

Bagaimanapun mileage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.

JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. Ini boleh memendekkan jangka hayat clucth plate anda dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.

Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan hand-brake dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu isyarat, 'neutral'kan gear dan tarik hand-brake. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang disarankan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.

Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.

Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).


**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Friday, 15 June 2012

Ubahsuai Tanpa Perlu Kelulusan JPJ?


Terdapat pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Terutamanya pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberi kesan kepada ciri kesetabilan dan keselamatan kenderaan berkenaan seperti: 

Pemasangan "air spoiler'' dibahagian hadapan dan belakang. 

Pemasangan ''side skirt'', ''aerofoil'' dan ''door visor'' pada kereta.

Pemasangan ''protecting guards'' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.

Pengubahsuaian kecil pada jeriji radiotor,bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.

Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.

Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan bumper besar (samaada jenis keluli atau fibreglass) pada bahagian hadapan dan belakang.  

Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

Pemasangan para bumbung.

Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu penunjuk arah (berwarna amber).

Pemasangan sun roof di atas bumbung.

Pemasangan sportlight atau lampu halogen (berwarna putih atau kuning) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.
















**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Saturday, 2 June 2012

Tips Jimat Petrol

18 Cara Jimat Petrol Paling Simple........













Cara 1

Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.

Cara 2
Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya kedalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda.

Cara 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Cara 4
Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

Cara 5
Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak kerana geseran berlebihan.

Cara 6
Penyelenggaraan. Penalaan injin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.

Cara 7
Kelajuan - Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak yang digunakan malahan dapat mengelak dari kena saman. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol.

Cara 8 
Jika kereta tidak bergerak, matikan injin jika sekadar menunggu sesaorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.

Cara 9
Penggunaan Gear - Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm injin akan meningkat. Gunakan mod ekonomi jika kereta anda memilikinya.

Cara 10
Brek - Jika anda sudah tahu dimana hendak berhenti, perlahankan kereta anda secara beransur-ansur. Elakkan memberek secara mengejut.

Cara 11 
Perancangan - Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa wang dan mengelak tekanan. Anda juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimakan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. jadi tak perlu keluar berulang kali.

Cara 12
Minimum - Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar kekedai berhampiran eloklah hanya menaiki moror , basikal atau berjalan kaki sahaja.

Cara 13
Tak perlu pasang air cond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup air cond apabila dah nak sampai destenasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan air cond.

Cara 14 
Tak usah merempit, cilok sana sini, kalau boleh perlu bujak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana saja tak perlu laju-laju. Yang penting slow & steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang circuit.

Cara 15
Pastikan tingkap kereta tidak dibuka sepenuhnya semasa memandu. Jika tidak kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan menyebabkan anda terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.

Cara 16 
Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalanyara juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Elok gunakan kereta bergear manual sebab kereta auto lebih banyak makan minyak

Cara 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak injin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan injin. Rujuklah kepada mekanik anda kerana mereka lebih arif tentang hal ini.

Cara 18 
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah injin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.


**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Wednesday, 16 May 2012

Tips Maklumat Tayar



Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit. 

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Angka2 seperti 1509 bermaksud tarikh tayar itu dikilangkan atau dibuat. Tarikh ini diberi dalam 'minggu'. Angka 1509 memberitahu kita yang tayar tersebut dibuat pada minggu ke-15 pada tahun 2009. Jangka hayat sesebuah tayar biasanya tidak melebihi 4 tahun. Oleh itu, demi keselamatan sila perhatikan angka2 ini apabila anda ingin membeli tayar terpakai. Sesuatu tayar yang berusia melebihi 4 tahun adalah berisiko tinggi untuk mengundang bencana.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) 

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j 
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Wednesday, 2 May 2012

Tips Menjaga 'Oil Filter'

Menyelenggarakan kenderaan tidak hanya dengan terus menghantar kenderaan ke bengkel sahaja. Pemilik perlu juga mengetahui beberapa panduan untuk mengelak masaalah lain timbul terhadap kenderaan. Panduan ini memberikan beberapa pendedahan kepada pemilik kenderaan dalam memilih jenis dan kualiti penapis minyak yang sesuai ketika menukar minyak injin.

Penapis minyak atau 'oil filter' berfungsi menjaga kualiti minyak supaya sentiasa bersih dan ditapis menerusi bahagian didalamnya. Alat berkenaan yang tidak diganti dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan kerosakan injin dan menyebabkan masaalah sistem kerja komponen injin.

Sebelum berhadapan dengan masaalah yang lebih buruk terhadap kenderaan, pemilik kenderaan disarankan menggantikan penapis minyak setiap 10,000km. Bagaimanapun sebelum menggantikannya anda perlu memerhati beberapa perkara berikut:

Gunakan penapis minyak yang asli. Jangan gunakan penapis minyak tiruan kerana dikhuatiri bahagian dalaman mengandungi benda yang boleh merosakkan kompenen penapis. Selain itu penapis tiruan atau jenama murah menggunakan kertas bermutu rendah yang tidak tahan lama untuk menapis kotoran.

Sebelum memasang penapis minyak, pastikan semua bahagian dalamnya sentiasa bersih dari kotoran terutama permukaan penapis. Perhatikan bahagian atas penapis minyak yang terdapat kertas pelindung. Pastikan bahagian itu sudah dibuka ketika penapis hendak dipasang. Kemudian setelah injin dihidupkan, perhatikan adakah berlaku kebocoran minyak injin disekitar penapis minyak atau tidak.

Ketika menggantikan penapis minyak biasanya ia diimbangi dengan minyak yang lebih dari biasa. Perhatikan kereta anda. Jika setiap 1,000km, kereta anda perlu menambah minyak injin, ia mungkin menandakan ada sesuatu yang tidak normal pada injin.

Contohnya gegelang piston yang telah haus. Gunakan alat ujian tekanan untuk mengesan kerosakan berkenaan. Berdasarkan maklumat itu, pemilik kenderaan wajar mengambil langkah perlu dan memerhati jenis penapis standard yang dipasang untuk mengelakkan kenderaan dipasang dengan penapis yang rendah mutunya. 













**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Monday, 9 April 2012

KERETA KONSEP

Agak2 anda, kalau lah Proton merealisasikan kereta konsep ini, tanpa sebarang perubahan... berapakah agaknya HARGA yang patut ditawarkan??

Enjin : MIVEC TURBO, 4 Cylinder, DOHC 16V
Kuasa Maksima: 177kw/6,000rpm (horse power 237)
Tork Maksima: 343Nm/3,000rpm
Kelajuan Maksima: 232km/j


Perghhh...POWER betul!!

**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive (kecuali model di atas) boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Sunday, 8 April 2012

Haa.. PERSONA PUN STOP??

Ini lagi satu maklumat yang Tsa nak kongsi.


Proton akan menghentikan pengeluaran model Persona varian Medium-line dan juga High-Line berikutan pelancaran model baru Proton Preve. Varian yang terlibat ialah M.line auto, M.line Manual dan juga High Line.


Ini bermakna, bermula bulan April 2012, hanya model Persona Base Line Manual dan Auto saja yang masih boleh ditempah.


Maklumat lanjut boleh lihat di page Persona


 **NOTA**
[Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949



Friday, 6 April 2012

PROTON INSPIRA 2.0 CVT TURUN HARGA???

Berita baik untuk anda yang sedang berkira2 nak menyambar sebuah Inspira! TSA baru dapat memo bahawa Varian terbaru Proton Inspira 2.0 CVT EXECUTIVE telah dibuka untuk tempahan. 

Ini bermakna, varian ini secara rasminya menggantikan varian Inspira 1.8 CVT Executive yang telah dihentikan pengeluarannya. Ini berikutan maklumbalas dari kajian pasaran yang menunjukkan masyarakat lebih berminat kepada varian 2.0 berbanding 1.8 bagi versi automatik. 

Dengan pengenalan varian ini, barisan produk Proton Inspira ialah seperti berikut;
  1. Proton Inspira 2.0 CVT Premium
  2. Proton Inspira 2.0 CVT Eksekutif
  3. Proton Inspira 1.8 Manual Eksekutif
Secara ringkas varian 2.0 Eksekutif mempunyai spesifikasi yang sama dengan varian Premium KECUALI kusyen dalam kemasan fabrik berbanding kulit.

Harga on-the-road bagi varian ini ialah RM86,900. Manakala bagi varian 2.0CVT Premium pula kekal pada harga RM92,015. Begitu juga bagi varian 1.8 Manual Eksekutif turut kekal pada harga RM79,015.00.


KLIK untuk DISKAUN terbaru bulan April 2012


WARNA BARU!!!
Sempena pengenalan varian baru ini, pilihan warna juga turut mengalami sedikit perubahan. Satu skim warna baru turut diperkenalkan iaitu Elegant Brown yang menggantikan warna Plum Red. Oleh itu pilihan lengkap untuk model Inspira ialah Elegant Brown, Genetic Silver, Tranquility Black dan Solid White.


So.... bagi yang berminat nak pakai kereta yang 'power' dengan harga yang menjimatkan, apalagi? Downpayment tak cukup??.... Jangan bimbang TSA boleh cuba bantu.. call 019-666-4949 atau email ke 7thspeed@gmail.com. ( Bank Islam serta Bank Muamalat ada menyediakan kemudahan pinjaman 100% kepada graduan IPTA/IPTS...).


Nota:
MELAKA- Test Drive|Tempahan|Pertanyaan sila dail/sms 019-666-4949.

Thursday, 5 April 2012

P321A=PREVE??

Sah!!! Confirmed!!! Model Proton baru yang paling hangat diperkatakan sekarang dah dapat nama rasmi- Proton prevĂ©. Sebelum ni, model baru ni cuma diberi nama pengenalan kod saja iaitu P321A. Walaupun sebelum ini ada terdengar desas-desus tentang nama ini, namun persoalan betul atau tidak akhirnya terjawab.

Sebentar tadi, pada majlis bersama media di Putrajaya, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Ybhg Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohd Tahir telah membuat pengumuman serta penjelasan di sebalik nama....  prevĂ©.



Menurut beliau, nama ini diambil dari bahasa inggeris preve (sebut 'priv' ) yang bermaksud membuktikan (to prove). atau lebih khusus lagi sebagai membuktikan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa Proton berwawasan menghasilkan bukan saja kereta, tetapi kereta global yang menepati piawaian global.

Ada juga yang bertanya, kenapa tidak menggunakan bahasa Malaysia? Apa perlunya mengagungkan bahasa asing? Beliau turut menjelaskan bahawa kereta ini adalah bertaraf GLOBAL. Kereta global perlu dikenali dan disebut di serata dunia, baik di China, Hong Kong, Denmark dsbg. Sekiranya bahasa Malaysia digunakan akan menyukarkan perkembangan model ini ke seluruh dunia. Kereta global perlukan nama global..logik! 

Namun demikian, atas wawasan syarikat untuk pergi lebih jauh, nama ini secara dramatiknya diungkapkan seperti bahasa Sepanyol iaitu PRE (sebut 'PRAY') + VE (sebut VEY)=
Pray-Vey

Lagi maklumat serta foto di sini

Sunday, 1 April 2012

Salesman atau Sales Advisor??

"Selamat datang ke Proton Edar. Saya Zaffa, SA anda.. *smile*" 
Baik 'Salesman' atau 'Sales Advisor' dua-dua perkataan 'mat salleh' .. itu yang pasti lah.. Kalau dialih-bahasa kepada bahasa melayu makna 'salesman' ialah jurujual manakala 'Sales Advisor' pulak maknanya penasihat jualan.

Apapun, sebagai bakal pembeli anda tak kisah pun.. apa2 sajalah asalkan anda dapat beli kereta..betul tak?? Sebenarnya, anda juga harus tau beza keduanya..

Salesman: Seseorang salesman biasanya lebih fokus kepada menjual. Dia boleh jadi pakar dalam jualan. Apa2 produk pun dia boleh ubah jadi duit! Alaa.. macam tukang jual ubat selalu cakap.."Asal barang jadi duit". Kelentong sana sikit, sini sikit...DEAL!!!...CLOSED!! 








Kebanyakan salesman tak kisah samada produk yang dia jual benar2 memuaskan kehendak pelanggan atau tidak.


Pendekata, mereka mensasarkan jualan jangka pendek. 'Repeat sales'? Nasib..kalau ada, adalahh....

Ehh.. jangan salah faham ya! Bukan pulak TSA kata SEMUA salesman kaki kelentong.. Maksud TSA, mereka bijak bermain dengan kata-kata. Ada fakta yg betul dan ada jugak sikit2 'fakta wal-auta'.. bukan apa, ibarat garam dalam masakan...nak bagi ayat lagi POWERRR la tuu!! Apapun, asalkan jangan menipu sudahlah...

Sales Advisor: Mereka ni juga dipanggil dengan singkatan S.A. Mereka ni mempunyai semua ciri2 salesman yang TSA sebutkan tadi. Akan tetapi, mereka ada kelebihan atau nilai kerja peribadi, kemahiran dan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi.


[Terkini] Di Proton Edar Sdn.Bhd. semua individu yang berminat menjadi S.A diwajibkan menjalani latihan 9 hari secara INTENSIF. Mereka dilatih menjadi seorang SA yang professional dari segi penyampaian dan keterampilan. Di akhir latihan, mereka diwajibkan menduduki ujian di mana mereka yang LULUS sahaja akan dianugerahkan sijil serta ditawarkan jawatan sebagai CERTIFIED SALES ADVISOR. Manakala yang gagal digalakkan mengulangi latihan serta menjalani ujian semula sebelum diserap ke unit jualan. (Wahh.. bukan mudah ya...).

SA menjual dan berkawan dengan pelanggan! Mereka menganggap setiap pelanggan yang berurusan dengan mereka adalah rakan, kawan atau sahabat baru yang perlu diberi perhatian khas, dilayan dengan cara terbaik dan munasabah. Cara menarik jualan dengan berhemah, lebih teratur (tidak terlalu mendesak) dan professional.


Kaedah jualan mereka cenderung memberi nasihat dan panduan kepada pelanggan tentang produk yang sesuai, cara menyediakan permohonan pinjaman, merangka bayaran bulanan di bank yang bersesuaian dengan bajet pelanggan dan juga menerangkan tentang jaminan/waranti produk yang berkaitan.

Tidak seperti kebanyakan salesman, SA mensasarkan potensi jualan jangka panjang, mengunjurkan 'repeat sales' dengan menerapkan teknik 'RELATIONSHIP MARKETING' serta memberikan perkhidmatan selepas jualan yang cekap.


TSA??.. TSA adalah Sales Advisor (walaupun selalu orang panggil salesman!!). TSA suka berkawan dengan ramai orang untuk jangka panjang. Alhamdulillah, TSA ada sedikit ilmu perbankan dan jualan automotif yang TSA suka berkongsi dengan rakan2.

Lihatlah betapa gembiranya sebahagian pelanggan2 yang telah berurusan dengan TSA. Untuk makluman, TSA masih berhubung baik dengan mereka hingga ke saat ini..  :)




Anda pula sebagai pembaca adalah rakan2 baru TSA. Terimakasih kerana membaca sampai habis.. Selalulah berkunjung ke sini. TSA akan update dari semasa ke semasa..Insyaallah.

Jumpa lagi!