Rasanya ramai yang biasa dengar atau terbaca tentang sistem ABS. Betul...ia adalah salah satu ciri keselamatan pada kebanyakan kenderaan moden masakini untuk mengelak dari berlakunya KEMALANGAN.
Definasi: Ada orang kata ABS tu maknanya, "Asal Brek Sudah!" Hahaha... LawakinG lah..
ABS ni akronim bahasa inggeris untuk Anti-lock Brake System atau Anti-lock Braking System. Dalam bahasa Malaysia disebut Sistem Brek Anti-kekunci.
Apa kelebihannya?
Ia adalah satu sistem brek yang lebih baik dari segi keselamatan (mengelak kemalangan) berbanding sistem brek tradisional sediada.
Dengan ABS, sistem ini membantu untuk membolehkan pemandu membrek walaupun dalam situasi kecemasan tanpa membuatkan kereta 'skidding' atau berpusing. Pada masa sama, dengan ABS pemandu masih berupaya untuk mengawal pemanduan stering dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengelak objek atau halangan di hadapan.
Sistem ini juga terbukti berfungsi dengan baik dalam sebarang keadaan cuaca- panas dan permukaan jalan kering, hujan, salji mahupun permukaan berais.
Sistem ABS berfungsi dengan berkesan mengikut 3 peraturan utama iaitu;
- Brek- pijak pedal brek dengan keras dan jitu!
- Kekal membrek- tekan atau pijak pedal berterusan. Jangan sesekali 'pam' atau pijak-angkat-pijak-angkat!
- Kawal stering- arahkan pemanduan ke laluan yang selamat!
Macamana sistem ni berfungsi?
Sesuai dengan namanya, sistem ini mengelak brek dari terkunci (anti-lock = anti-kekunci) semasa membrek. Perlu diingat, sekiranya brek terkunci kenderaan berisiko tinggi untuk tergelincir dan menyukarkan pemandu untuk mengawal stering dan seterusnya kemungkinan untuk berlaku kecelakaan dan kecederaan (malahan maut) lebih tinggi!
Sistem ini berfungsi dengan cara mencengkam dan lepas brek dengan kadar sangat cepat (lihat video). Jika kaki anda rasa gegaran pada pedal brek dan terdengar bunyi letupan kecil seperti 'pop' sewaktu membrek, jangan bimbang atau panik. Ia adalah NORMAL dan menunjukkan yang sistem ini sedang berfungsi dengan baik.
Terdapat dua jenis ABS iaitu ABS 2 roda dan 4 roda. Sistem ABS 4 roda adalah lebih baik dalam aspek menjaga jangka-hayat tayar. Sistem ABS 2 roda boleh meninggalkan kesan brek yang nyata dan pada jangka panjang boleh merosakkan tayar dan seterusnya memendekkan jangka-hayatnya. Namun begitu, ianya masih lebih baik berbanding sistem brek tradisional-tanpa ABS.
Bagi kenderaan yang dilengkapi sistem ABS, biasanya lampu logo seperti di bawah akan menyala seketika di panel pemuka sebaik anda ingin menghidupkan enjin.
Sungguhpun sistem ABS ini membantu mengelakkan kemalangan, ini tak bermakna kita boleh sentiasa memandu secara agresif. Pastikan jarak kenderaan dengan kenderaan di hadapan adalah sesuai dan sentiasalah pakai talipinggang keselamatan sewaktu memandu.
"Pandu cermat, jiwa selamat".
Model Proton kebanyakannya kini telah dilengkapi dengan sistem ABS termasuklah Inspira, Preve, Exora malahan model SAGA FLX! Call 019-6664949 hari ini.
**NOTA**
[Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE
019-666-4949
No comments:
Post a Comment