Thursday, 5 April 2012

P321A=PREVE??

Sah!!! Confirmed!!! Model Proton baru yang paling hangat diperkatakan sekarang dah dapat nama rasmi- Proton prevé. Sebelum ni, model baru ni cuma diberi nama pengenalan kod saja iaitu P321A. Walaupun sebelum ini ada terdengar desas-desus tentang nama ini, namun persoalan betul atau tidak akhirnya terjawab.

Sebentar tadi, pada majlis bersama media di Putrajaya, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Ybhg Dato' Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohd Tahir telah membuat pengumuman serta penjelasan di sebalik nama....  prevé.



Menurut beliau, nama ini diambil dari bahasa inggeris preve (sebut 'priv' ) yang bermaksud membuktikan (to prove). atau lebih khusus lagi sebagai membuktikan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa Proton berwawasan menghasilkan bukan saja kereta, tetapi kereta global yang menepati piawaian global.

Ada juga yang bertanya, kenapa tidak menggunakan bahasa Malaysia? Apa perlunya mengagungkan bahasa asing? Beliau turut menjelaskan bahawa kereta ini adalah bertaraf GLOBAL. Kereta global perlu dikenali dan disebut di serata dunia, baik di China, Hong Kong, Denmark dsbg. Sekiranya bahasa Malaysia digunakan akan menyukarkan perkembangan model ini ke seluruh dunia. Kereta global perlukan nama global..logik! 

Namun demikian, atas wawasan syarikat untuk pergi lebih jauh, nama ini secara dramatiknya diungkapkan seperti bahasa Sepanyol iaitu PRE (sebut 'PRAY') + VE (sebut VEY)=
Pray-Vey

Lagi maklumat serta foto di sini

No comments:

Post a Comment