Wednesday, 17 April 2013

Kereta Baru Turun Harga??

Sepanjang bulan ini, saya dihujani dengan persoalan ini. Ramai pelanggan yang mengambil tindakan tunggu dan lihat atas perkembangan semasa ini.

Kepada mereka yang bertanya, begini sajalah...

Memang tidak dinafikan, kemungkinan untuk kereta baru turun harga bukanlah mustahil. Tetapi, tindakan untuk menunggu penurunan harga dalam jangkamasa terdekat ini  pada saya adalah KURANG TEPAT.

Kesan penurunan harga:

1) Bank2 akan merombak market-value kereta2 terpakai sediada iaitu mengurangkan harga pasaran kereta terpakai untuk tujuan pembiayaan. Serentak dengan itu, harga jualan kereta terpakai di seluruh negara akan jatuh mendadak dan akan mengakibatkan kerugian kepada beribu-ribu peniaga kereta terpakai di seluruh Malaysia. Kerajaan pastinya melihat keadaan ini dengan adil dan teliti.

2) Bagi pelanggan yang bercadang untuk membeli kereta baru secara 'trade-in', mereka akan menghadapi masalah untuk menjual kereta sediada. Katakan, sebelum 'turun harga' nilai kereta sediada mereka RM20,000 manakala baki hutang ada RM18,000; maka beliau akan mendapat lebihan RM2,000. Selepas kerajaan umumkan harga kereta baru turun, maka nilai kereta harga sediada akan turut turun ke paras RM17,000 atau kurang di mana beliau bukan sahaja TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN JUALAN, bahkan mungkin terpaksa mengeluarkan duit untuk menampung baki hutang di bank. (Jual kereta, tapi kena keluar duit pulak??)

Kesimpulan:

Jika anda betul2 mahu membeli kereta baru, tidak perlu untuk menunggu pengumuman kerajaan sebelum atau selepas pilihanraya. Ianya, saya yakin tidak membawa perubahan besar. Lagipun, jika ia dilakukan pasti akan melalui beberapa peringkat- bukannya sekaligus.

Perlu diingat, sebarang penurunan harga bukanlah terus dari harga jualan kereta, sebaliknya cuma kepada amaun yg berkaitan cukai eksais atau cukai jualan sahaja.

Pada masa ini pun, syarikat kereta seperti PROTON ada menawarkan rebat pembelian setiap bulan di mana ia juga membawa maksud 'penurunan harga'!

Oleh itu, bersikap realistik adalah yang terbaik.

Sekian.

**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Sunday, 17 March 2013

PREVE Mendapat Penarafan 5 Bintang ANCAP


Subang Jaya, 26 Februari 2013 - PROTON sedan keluarga, Prevé, telah dianugerahkan penarafan 5 Bintang dalam Program Penilaian Kereta Baru Australasia, yang lebih dikenali sebagai ANCAP. Hasilnya, yang diumumkan oleh ANCAP, hadir selepas selesainya tiga ujian kemalangan - frontal offset, kesan sampingan dan tiang - yang dijalankan oleh makmal pakar bebas di Australia untuk menentukan tahap keselamatan daripada Proton Prevé.
Untuk layak penarafan bintang ANCAP, kenderaan baru akan dinilai dan diberikan mata yang dikutip dari gabungan kategori ujian dan kriteria saintifik. Dalam usaha untuk mendapatkan 5 Star rating - anugerah tertinggi yang diberikan oleh ANCAP, Prevé perlu mencapai standard tertinggi antarabangsa yang diiktiraf dalam semua kategori ujian. Dilengkapi dengan spesifikasi yang juga mematuhi standard keselamatan Australia automotif, Prevé kini menyertai barisan banyak model antarabangsa terkenal yang lain sebagai sebuah kereta yang disyorkan oleh ANCAP akan dibeli oleh pengguna disebabkan kepada standard keselamatan yang tinggi.
Menurut Pengerusi Eksekutif PROTON Holdings Berhad, Dato 'Sri Haji Mohd Khamil Jamil, memandu PROTON untuk mengubah persepsi awam tentang jenama kini terus terbukti dan diperkukuh oleh pencapaian terbaru ini.
"Seperti yang kita telah ulangi berkali-kali, model kami tidak hanya berpatutan tetapi yang lebih penting kita mahu pelanggan kami untuk mengetahui bahawa produk Proton adalah produk yang berkualiti. Satu pencapaian tahap ini merupakan satu lagi bukti meningkatkan kualiti kereta Proton dan Prevé disyorkan sebagai kereta yang selamat,  setanding dengan model antarabangsa yang lain yang telah dianugerahkan dengan tahap yang sama penarafan oleh ANCAP. "
Satu teknologi untuk pertama PROTON dalam bidang kejuruteraan, semua Proton Prevé unit dihasilkan untuk pasaran domestik dan eksport menggunakan teknologi yang ditakrifkan sebagai Hot Press Frame (HPF), yang menyediakan perlindungan yang lebih baik dan badan yang lebih tinggi serta ketegaran struktur tanpa menjejaskan berat badan keseluruhan kereta.
"Kesejahteraan pelanggan kami apabila memandu sebuah kereta Proton adalah sentiasa keutamaan bagi kami. Jadi apabila Prevé telah dibangunkan, kita mencabar diri kita untuk menghasilkan teknologi keselamatan kenderaan yang tinggi, "kata Dato 'Sri Haji Mohd Khamil. "Malah, ia tidak berhenti di situ. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi keselamatan semua model kami - terutamanya bagi pasaran domestik kita, dan pelanggan-pelanggan kami akan melihat hasil daripada inisiatif kami dalam model varian dan akan datang dari suku ketiga 2013 dan seterusnya ".
5 penilaian Star dianugerahkan kepada Prevé berikutan pencapaian baru-baru ini oleh Saga FLX, satu lagi model di bawah penentu PROTON yang menerima penarafan 3 Bintang oleh ASEAN New Program Penilaian Kereta (ASEAN NCAP).
Dato 'Sri Haji Mohd Khamil menambah bahawa perkembangan terbaru ini juga datang pada masa yang sempurna, dengan Prevé kini boleh didapati di pasaran Australia. "Pelanggan kini lebih arif berbanding sebelum ini, dan mengharapkan tahap tertinggi keselamatan dalam kereta mereka. Oleh itu, kami berharap penilaian keselamatan Prevé akan meningkatkan keyakinan pelanggan dalam jenama, dan produk kami di Australia. "Selain dari Australia, Prevé juga kini dijual di Thailand dan Brunei.
"Sekarang bahawa standard keselamatan daripada Proton Prevé telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, komitmen kami untuk menyediakan pelanggan kami dengan kualiti yang tinggi nilai untuk wang kereta tidak pernah menjadi lebih kuat dan kita lebih bermotivasi dengan pencapaian terbaru ini."
Prevé berharga dari RM72, 990 di atas jalan (Semenanjung Malaysia) untuk varian Premium, RM62, 990 untuk CVT Eksekutif dan RM59, 990 untuk Eksekutif dengan transmisi manual. Enam warna pilihan boleh didapati; Fire Red, Blue Lagoon, Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Elegant Brown.

**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Sunday, 6 January 2013

EXORA BOLD TURBO PALING MURAH DAH TIBA!

Pada waktu ini kenderaan MPV menjadi pilihan ramai terutama mereka yang sudah berkeluarga. Banyak pilihan ada di pasaran sekarang- Proton Exora Bold, Toyota Estima, Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Stream, Nissan Grand Livina, Nissan Serena, Peugeot, Mercedes, Toyota Alphard, Toyota Vellfire etc etc. 

Namun, kebanyakan model2 MPV ini bukannya murah..ratusan ribu ringgit! Bagi golongan berada ok lah..tapi bagi golongan berpendapatan sederhana macamana?

Jangan pening-pening!

KINI...

Proton nyata prihatin kepada golongan ini. Jika sebelum ini Proton memperkenalkan varian Exora Bold berkuasa TURBO dengan harga serendah RM80,012, kini ia memberi LEBIH peluang untuk ANDA memiliki MPV!

Proton Exora 1.6 CVT CFE (turbocharged) STANDARD ditawarkan dengan harga paling MENAWAN kalbu. Cuma RM69,000 harga-atas-jalan, tiada sebab lagi untuk katakan TIDAK!




**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Saturday, 20 October 2012

Apa itu sistem ABS?

Rasanya ramai yang biasa dengar atau terbaca tentang sistem ABS. Betul...ia adalah salah satu ciri keselamatan pada kebanyakan kenderaan moden masakini untuk mengelak dari berlakunya KEMALANGAN.

Definasi: Ada orang kata ABS tu maknanya, "Asal Brek Sudah!" Hahaha... LawakinG lah..
ABS ni akronim bahasa inggeris untuk Anti-lock Brake System atau Anti-lock Braking System. Dalam bahasa Malaysia disebut Sistem Brek Anti-kekunci.


Apa kelebihannya?

Ia adalah satu sistem brek yang lebih baik dari segi keselamatan (mengelak kemalangan) berbanding sistem brek tradisional sediada.

Dengan ABS, sistem ini membantu untuk membolehkan pemandu membrek walaupun dalam situasi kecemasan tanpa membuatkan kereta 'skidding' atau berpusing. Pada masa sama, dengan ABS pemandu masih berupaya untuk mengawal pemanduan stering dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengelak objek atau halangan di hadapan.

Sistem ini juga terbukti berfungsi dengan baik dalam sebarang keadaan cuaca- panas dan permukaan jalan kering, hujan, salji mahupun permukaan berais.

Sistem ABS berfungsi dengan berkesan mengikut 3 peraturan utama iaitu;
  1. Brek- pijak pedal brek dengan keras dan jitu!
  2. Kekal membrek- tekan atau pijak pedal berterusan. Jangan sesekali 'pam' atau pijak-angkat-pijak-angkat!
  3. Kawal stering- arahkan pemanduan ke laluan yang selamat!
Macamana sistem ni berfungsi?

Sesuai dengan namanya, sistem ini mengelak brek dari terkunci (anti-lock = anti-kekunci) semasa membrek. Perlu diingat, sekiranya brek terkunci kenderaan berisiko tinggi untuk tergelincir dan menyukarkan pemandu untuk mengawal stering dan seterusnya kemungkinan untuk berlaku kecelakaan dan kecederaan (malahan maut) lebih tinggi!

Sistem ini berfungsi dengan cara mencengkam dan lepas brek dengan kadar sangat cepat (lihat video). Jika kaki anda rasa gegaran pada pedal brek dan terdengar bunyi letupan kecil seperti 'pop' sewaktu membrek, jangan bimbang atau panik. Ia adalah NORMAL dan menunjukkan yang sistem ini sedang berfungsi dengan baik.


Terdapat dua jenis ABS iaitu ABS 2 roda dan 4 roda. Sistem ABS 4 roda adalah lebih baik dalam aspek menjaga jangka-hayat tayar. Sistem ABS 2 roda boleh meninggalkan kesan brek yang nyata dan pada jangka panjang boleh merosakkan tayar dan seterusnya memendekkan jangka-hayatnya. Namun begitu, ianya masih lebih baik berbanding sistem brek tradisional-tanpa ABS.

Bagi kenderaan yang dilengkapi sistem ABS, biasanya lampu logo seperti di bawah akan menyala seketika di panel pemuka sebaik anda ingin menghidupkan enjin.


















Sungguhpun sistem ABS ini membantu mengelakkan kemalangan, ini tak bermakna kita boleh sentiasa memandu secara agresif. Pastikan jarak kenderaan dengan kenderaan di hadapan adalah sesuai dan sentiasalah pakai talipinggang keselamatan sewaktu memandu. 

"Pandu cermat, jiwa selamat".

Model Proton kebanyakannya kini telah dilengkapi dengan sistem ABS termasuklah Inspira, Preve, Exora malahan model SAGA FLX! Call 019-6664949 hari ini.



**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Friday, 5 October 2012

Pendingin hawa beracun??


Baru-baru ini, terdapat 1 tips yang  tentang pendingin hawa kereta. Tips ini telah di kongsikan oleh pelayar Facebook. Antara saranan yang perlu anda elakkan ketika membawa kereta adalah tidak menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta. Anda di sarankan untuk  membuka tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dan biarkan aliran udara semulajadi masuk ke dalam kereta.

Terdapat 1 kajian yang telah dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Di samping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan. Maka penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…


p/s Maaf, setakat ni, saya tak pasti kesahihan berita ini.. :(
**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Tayar Pancit??


Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur dikhianati juga tidak mustahil.

Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah.

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit.

Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu?

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan.

Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.


Dipetik dari penpatah.
**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949

Tips penjagaan gearbox


Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila mileage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta.

Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda.

Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa.

Bagaimanapun mileage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box (ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima.

JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. Ini boleh memendekkan jangka hayat clucth plate anda dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'.

Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan hand-brake dahulu (terutama kancil). Semasa berada di lampu isyarat, 'neutral'kan gear dan tarik hand-brake. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kereta anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.

Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang disarankan oleh pengeluar adalah sangat mustahak.

JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR.

Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup.

Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

Akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).


**NOTA** [Melaka] Pertanyaan lanjut, tempahan dan test-drive boleh hubungi HOTLINE 019-666-4949