Sepanjang bulan ini, saya dihujani dengan persoalan ini. Ramai pelanggan yang mengambil tindakan tunggu dan lihat atas perkembangan semasa ini.
Kepada mereka yang bertanya, begini sajalah...
Memang tidak dinafikan, kemungkinan untuk kereta baru turun harga bukanlah mustahil. Tetapi, tindakan untuk menunggu penurunan harga dalam jangkamasa terdekat ini pada saya adalah KURANG TEPAT.
Kesan penurunan harga:
1) Bank2 akan merombak market-value kereta2 terpakai sediada iaitu mengurangkan harga pasaran kereta terpakai untuk tujuan pembiayaan. Serentak dengan itu, harga jualan kereta terpakai di seluruh negara akan jatuh mendadak dan akan mengakibatkan kerugian kepada beribu-ribu peniaga kereta terpakai di seluruh Malaysia. Kerajaan pastinya melihat keadaan ini dengan adil dan teliti.
2) Bagi pelanggan yang bercadang untuk membeli kereta baru secara 'trade-in', mereka akan menghadapi masalah untuk menjual kereta sediada. Katakan, sebelum 'turun harga' nilai kereta sediada mereka RM20,000 manakala baki hutang ada RM18,000; maka beliau akan mendapat lebihan RM2,000. Selepas kerajaan umumkan harga kereta baru turun, maka nilai kereta harga sediada akan turut turun ke paras RM17,000 atau kurang di mana beliau bukan sahaja TIDAK MENDAPAT APA-APA PULANGAN JUALAN, bahkan mungkin terpaksa mengeluarkan duit untuk menampung baki hutang di bank. (Jual kereta, tapi kena keluar duit pulak??)
Kesimpulan:
Jika anda betul2 mahu membeli kereta baru, tidak perlu untuk menunggu pengumuman kerajaan sebelum atau selepas pilihanraya. Ianya, saya yakin tidak membawa perubahan besar. Lagipun, jika ia dilakukan pasti akan melalui beberapa peringkat- bukannya sekaligus.
Perlu diingat, sebarang penurunan harga bukanlah terus dari harga jualan kereta, sebaliknya cuma kepada amaun yg berkaitan cukai eksais atau cukai jualan sahaja.
Pada masa ini pun, syarikat kereta seperti PROTON ada menawarkan rebat pembelian setiap bulan di mana ia juga membawa maksud 'penurunan harga'!
Oleh itu, bersikap realistik adalah yang terbaik.
Sekian.
No comments:
Post a Comment